02 March 2020
KEBAJIKAN SEORANG WANITA DIDALAM ISLAM
#tintamudirmasa
Antara Isu yang cuba dikupaskan adalah "Apakah kebajikan yang Islam telah sediakan kepada mereka yang kematian suaminya?"
Bila disebut 'Wanita', Islam Kategorikan mereka sebagai golongan yang lemah, perlukan kepada penjaga dan peneman. Demi menjaga diri dan maruah seorang wanita itu maka lahirlah beberapa hukum yang khusus sebagai kebajikan dan pemeliharaan Islam terhadap kaum hawa ini yang amanah itu digalas oleh kaum Adam hingga adanya di dalam Al-Quran surah An-Nisa’ yang banyak menceritakan tentang perihal dan keperluan wanita itu sendiri.
Dari Lahir sehinggalah dia mampu berdikari sendiri setelah ada pekerjaan atau bersuami, ia menjadi tanggungjawab :
- Ayahnya kemudian kalau ayah meninggal di ambil alih oleh
- Datuknya dan setelah itu
- Adik beradik lelakinya
- Pakciknya
Tanggungjawab yang dimaksudkan di sini adalah :
- Makan Minum
- Pakaian
- Tempat Tinggal
- Keperluan Pelajaran
- Dan Keperluan lain yang penting
Setelah Wanita itu mempunyai pekerjaan sendiri (Ini Baru, memandangkan wanita zaman sekarang ramai yang bekerja) maka keperluan mereka sudah menjadi tanggungjawab mereka sendiri.
Atau mengikut kebiasaan wanita zaman dahulu atau yang tidak berkerja maka peralihan dari Keluarganya itu beralih setelah dia berkahwin , maka setelah pengantin perempuan itu diserahkan kepada si suami maka bermulalah tanggungjawab suami itu terhadap isterinya , dan adakalanya perkara ini berterusan sampai meninggalnya isteri dahulu atau:
- Di Ceraikan
- Suami Meninggal Dunia
Ketika si isteri diceraikan oleh suaminya maka di situ ada dua situasi
- Cerai Rajie (Yg Boleh Dirujuk)
- Cerai Bain Kubro (Yang Tidak boleh di rujuk kembali)
Ketika isteri itu berada di dalam eddah Rajie , suami masih wajib memberikan:
- Nafkah Makan Minum , pakaian
- Nafkah Tempat tinggal
Selama ia tidak derhaka kepada suaminya semasa diceraikan.
Dan sekiranya isteri itu ditalak secara bain ( tidak boleh rujuk semula ) maka dilihat adakah dia hamil atau tidak
- Kalau Hamil maka isteri masih berhak mendapatkan
- Nafkah Makan, minum, pakaian, dan Tempat tinggal bagi memelihara anak yg sedang membesar di dalam kandungan.
Sekiranya dia tidak hamil maka tiada apa2 hak bagi mereka melainkan pandangan imam Abu Hanifah mengatakan boleh diberikan juga nafkah ( atas jalan ihsan )
Di samping Nafkah eddah itu sang isteri berhak mendapat
" MUTA'AH"
Sejumlah Harta sebagai saguhati atas jasa isteri yang dipersetujui oleh kedua2 belah pihak di mahkamah
Diserahkan kepada isteri untuk melangsungkan hidupnya setelah diceraikan suaminya.
Maka setelah selesai eddah kelangsungan hidupnya akan ditanggung oleh orang lain juga ( Mengikut kebajikan Islam ) seperti yang dimaklumkan di atas.
Maknanya Hak Seorang Wanita Itu mestilah sentiasa dipelihara dan dijaga , kerana Islam itu agama yang sangat menitikberatkan Hak mereka yang lemah.
Sekiranya kesemua mereka yang di pertangungjawabkan oleh agama sudah tiada maka dikembalikan segala keperluan seorang wanita itu kepada dirinya sendiri sekiranya dia mampu untuk menguruskannya. Sekiranya dia juga uzur maka tanggungjawab itu beralih kepada anak2nya. Sekiranya tiada anak, tanggungjawab itu akan diambil oleh Pihak zakat dan kaum muslimin.
======================================================
"Bagaimanakah kebajikan yang disediakan oleh Islam terhadap wanita yang kematian suaminya??"
Meninggalkan isteri dengan adanya Harta itu lebih baik dari meninggalkannya dalam keadaan meminta-minta.
Maka apa yg kita lihat kebajikan yg besar disediakan oleh Islam adalah bahagian Faraid:
-1/4 kalau tiada anak
-1/8 kalau ada anak
Diambil sama ada dari harta berbentuk Wang Ringgit atau Harta yang tetap seperti tanah, rumah dan barang2 peninggalan Arwah.
Soalannya "Adakah ia mencukupi atau tidak?" Kerana sebelum Harta arwah difaraidkan perlu diuruskan beberapa hal yang wajib :
1) Keperluan menguruskan jenazahnya
2)Hutangnya
3) Zakatnya
4) Fidyahnya atau Kaffarahnya yg belum tertunai
5) Keperluan Haji dan Umrahnya sekiranya dia sudah mampu tapi belum menunaikannya lagi.
6) Wasiatnya yang bukan kepada Ahli Waris
Setelah Hak2 ini diselesaikan barulah harta-harta itu boleh di agihkan. Faraid berlaku pada setiap harta yang ditinggalkan oleh suami setelah ditolak keperluan di atas, seperti :
- Wang Ringgit Cash di Rumah atau di Bank
- KWSP
- Plan Takaful sebagai pemegang amanah
- ASB
- Tabung haji
- Segala bentuk pelaburan
- Segala bentuk saham
- Segala bentuk perkongsian syarikat
- Duit pencen
- Hutang orang keatas arwah suami yang belum dilunasakan
- Kutu ( Boleh jadi hutang atau penerima )
- Segala bentuk aset yang kekal
- Dan apa sahaja yang di katakana harta si mati.
Melainkan harta sepencarian maka ia dibahagi mengikut nilai perkongsian itu.
Adakah ia mencukupi untuk kelangsungan hidup seorang ibu bersama anak2nya ?
Sekiranya suaminya meninggalkan harta yang banyak Alhamdulillah. Akan tetapi, bagaimana pula sekiranya ada yang hartanya tidak mencukupi?
Maka di situ sebagai suami perlu ada perancangan mengenai perkara-perkara ini supaya kebajikan isteri dan anak2 kita terjaga setelah kematian kita kelak.
Kebajikan yang penting :
1) Kediaman
2) Sejumlah wang bagi kelangsungan hidup terutama ketika eddah kematian
3) Aset yang boleh menjadi punca pendapatan
Antara perkara yang dibolehkan di dalam Islam adalah Hibah, pemberian berbentuk harta atau aset atas nama isteri.
Apa yang menariknya sekarang ini terdapat beberapa jenis skim yang berbentuk HIBAH senilai Rm500 ribu paling minima yang akan menjadi milik isteri atau sesiapa yang sudah di tetapkan oleh suami semasa hidupnya dan akan dapat dalam tempoh 7-14 hari bekerja , dengan wang itu dapatlah isteri tersebut menolak atau menebus bahagian faraid diatas rumah untuk dia terus kekal di rumah tersebut sekiranya ada perkongsian hak ibu si suami atau anak si suami setelah dipersetujui pihak tersebut. Bagi saya, ini sudah bagus kerana skim ini sangat membantu isteri untuk meneruskan kehidupannya. ( Skim Ini boleh dirujuk oleh agen takaful atau seumpama dengannya ).
Walaupun begitu, siapa sangka kadang-kadang suami lebih awal meninggalkan isterinya tanpa sempat menyediakan bekalan2 tadi. Maka pada saat itu menjadi kewajipan dan hak Jiran-jiran membantu serta kaum muslim sama ada dengan peruntukan zakat, baitul mal dan sedekah serta hadiah kepada balu dan anak2 sehingga mereka mampu meneruskan hidupnya sehinggalah isteri tadi bertemu dengan suami yang baharu, maka tanggungjawab beralih kepada suami baharu.
Sekiranya tiada jodoh maka si ibu tadi akan membesarkan anak sehingga anak tadi bekerja dan mampu menguruskan hidupnya sendiri, dan sampailah nanti urusan nafaqah itu diambil alih oleh anak2nya sendiri.
Secara syariahnya anak2 yang bergelar yatim ini mereka ada kebajikan khusus yang disediakan oleh syarak samada dari harta pusakanya, zakatnya atau baitul malnya sekiranya tiada yang mampu menguruskan mereka.
Nafaqah anak2 ini setelah ayahnya meninggal akan beralih kepada datuk kemudian adik beradik yang mampu dan pakcik2 yang mampu. Tetapi di Malaysia kita lihat kebanyakkan tanggungjawab itu diambil oleh ibu itu sendiri sehingga si ibu terpaksa bekerja seperti orang lelaki. Ia amat tidak sesuai mengikut pandangan syarak kerana bukan tempatnya begitu, tetapi tidak salah kerana sudah menjadi keperluan sekarang para-para wanita memenuhkan kocek-kocek mereka juga untuk mambantu suami menampung keperluan hidup atas konsep التعاون saling bantu-membantu.
Di dalam setiap situasi di atas kita melihat begitu indahnya Islam yang menjaga kebajikan ummatnya dari lahir sampai mereka kembali dipanggil oleh ilahi .
Kesempurnaan sesuatu perkara di dalam Islam itu apabila wujud tiga elemen dasar ini iaitu :
1. Iman
2. Islam
3. Ihsan
Sekiranya hilang salah satu dari tiga 'fontdution' itu maka Islam itu akan di pandang kurang sempurna .
Secara ringkasnya :
Pelajaran IMAN yang boleh kita 'apply'kan adalah :
- Umur adalah ketentuan dan milik tuhan, bila-bila masa Dia boleh panggil.
- Kita berada didalam genggamanNya, berada di dalam ilmuNya, IradhahNya dan QudrahNya ( qoda’ dan qadarNya )
- Tuhan itu menzahirkan sifat Rahim dan RahmanNya kepada mereka yang diambil nyawanya dan mereka yang ditinggalkan dengan disediakan faraid dan pelbagai lagi bentuk kebajikan
Pelajaran ISLAM ( Syariat ) yang boleh kita aplikasikan adalah :
1. Syariat itu sempurna dan lengkap tanpa ada cacat celanya
2. Syariat itu melambangkan keadilan Tuhan
3. Keseluruhan syariat itulah yang melambangkan Akhlak Nabi dan Akhlak Islam.
4. Islam itu agama yang perihatin
5. Islam itu agama yang menitikberatkan kepada golongan yang susah dan memerlukan bantuan.
Pelajaran IIHSAN yang boleh kita aplikasikan adalah :
1. Sentiasa berada di dalam zon Khauf Dan Roja ( takut dan Harap )
2. Hati sentiasa syuhud ini semua adalah kenyataan sifat, asma dan afalNya jua.
3. Memandang Baiknya Allah dalam setiap peristiwa yang Dia ciptakan sama ada menyedihkan kita atau mengembirakan kita.
4. Dan sentiasa berhubung denganNya dalam apa keadaan sekali pun, maka di situ kita akan kuat dan tidak lemah.
Wallahu A'lam.
#tintamudirmasa
fb babalongidris
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=490130378346203&id=323807348311841
Subscribe to:
Posts (Atom)