06 February 2020

SAHAM AKHIRAT WAKAF TELAGA AIR


LOT WAKAF TELAGA AIR

Assalamu'alaikum..

Madrasah Syeikhul Ariffien (MASA) telah membuka  200 lot wakaf tunai  (Telaga Air) dengan nilai RM50 bagi 1 lot.

Telaga air ini bertujuan untuk menyalurkan air kepada warga Madrasah dan penduduk setempat yang memerlukan untuk menampung kekurangan air di Negeri Melaka ketika ini dan juga untuk menampung keperluan di masa akan datang. 

Kos keseluruhan wakaf ini bernilai RM10,000.

Terima kasih kepada semua yang sudi berwakaf dan membantu menyebarluaskan maklumat ini.
Kepada yang ingin terus berwakaf, maklumat adalah seperti berikut:

Nilai: 1 Lot - RM50
Jumlah: 200 Lot RM 10,000

Wakaf boleh dimasukkan ke :

Bank Islam
04033 01002 8237
Wakaf Madrasah Syeikhul Ariffien

Maybank
5540 3541 1914
Madrasah Syeikhul Ariffien

https://facebook.com/masamelaka

https://madrasahsyeikhulariffien.blogspot.com

Untuk maklumat lanjut, hubungi:
Ust Idris - 016-289 8769
Ust Azlan - 012-241 9314
En Firdaus - 010-273 2821

JazakumuLlah

04 February 2020

Nasihat Para Masyaikh dan Ulama' Jamiah Al-Azhar As-Syarif

الات العلم أربعة 
١- شيخ فتّاح
٢- عقل راجح
٣- كتب صحاح
٤- مداومة والحاح
Nasihat yg diambil dari Para Masyaikh dan ulama' Jamiah Al-Azhar As Sayarif :
Alat untuk mendapat ilmu itu 4 perkara

1. Guru yang Fattah
Guru yang mampu membuka Hati dan Aqal pelajarnya yg terkunci , mampu menerangkan dan memberi faham kepada pelajarnya akan manhaj ( Jalan ) yang betul langsung membawa muridnya itu sampai kepada ALlah.
Inilah guru yg sempurna yg menjadikan ilmu , tarbiah dan didikannya sebagai wasilah ( perantaraan ) untuk wusul ( sampai ) kepada tuhannya.
2. Aqal yg sejahtera ( yang bagus )
Jikalau tiada aqal yg baik nescaya tiadalah hasilan ilmu yg baik , iaitu aqal yg mampu membezakan mana ilmu yg hak dan mana yg batil dan tidak keliru dengan ilmu , mampu memahami ilmu dan mengingatkannya.
3. Kitab- Kitab yg sohih ( Yg terselamat daripada ilmu yg salah dan sesat )
Kitab adalah perantaraan untuk menghasilkan iilmu, apa yg di hafal akan hilang dan apa yg di tulis akan kekal.
Pastikan kitab yg di pelajari itu kitab yg sudah diakui oleh kebanyakan Ulama' yg muktabar , agar tiada salah dalam mendapatkan sumber ilmu.
4. Berterusan dengan ilmu dan ilhah
Iaitu berterusan mengulang-ngulang akan ilmu dan sentiasa berkhidmat kepada ilmu tersebut serta berusaha juga untuk mencari lagi ilmu dan menghasilkan lagi ilmu.
Dan Ilhah itu memberi makna bahawa menuntut ilmu yg satu sehingga mendapat hasilnya itu lebih baik dari mempelajari banyak ilmu tapi tiada mendapat hasilnya.
Semoga Mendapat Manfaat
BabaLong