الات العلم أربعة
١- شيخ فتّاح
٢- عقل راجح
٣- كتب صحاح
٤- مداومة والحاح
٢- عقل راجح
٣- كتب صحاح
٤- مداومة والحاح
Nasihat yg diambil dari Para Masyaikh dan ulama' Jamiah Al-Azhar As Sayarif :
Alat untuk mendapat ilmu itu 4 perkara
1. Guru yang Fattah
Guru yang mampu membuka Hati dan Aqal pelajarnya yg terkunci , mampu menerangkan dan memberi faham kepada pelajarnya akan manhaj ( Jalan ) yang betul langsung membawa muridnya itu sampai kepada ALlah.
Inilah guru yg sempurna yg menjadikan ilmu , tarbiah dan didikannya sebagai wasilah ( perantaraan ) untuk wusul ( sampai ) kepada tuhannya.
2. Aqal yg sejahtera ( yang bagus )
Jikalau tiada aqal yg baik nescaya tiadalah hasilan ilmu yg baik , iaitu aqal yg mampu membezakan mana ilmu yg hak dan mana yg batil dan tidak keliru dengan ilmu , mampu memahami ilmu dan mengingatkannya.
3. Kitab- Kitab yg sohih ( Yg terselamat daripada ilmu yg salah dan sesat )
Kitab adalah perantaraan untuk menghasilkan iilmu, apa yg di hafal akan hilang dan apa yg di tulis akan kekal.
Pastikan kitab yg di pelajari itu kitab yg sudah diakui oleh kebanyakan Ulama' yg muktabar , agar tiada salah dalam mendapatkan sumber ilmu.
4. Berterusan dengan ilmu dan ilhah
Iaitu berterusan mengulang-ngulang akan ilmu dan sentiasa berkhidmat kepada ilmu tersebut serta berusaha juga untuk mencari lagi ilmu dan menghasilkan lagi ilmu.
Dan Ilhah itu memberi makna bahawa menuntut ilmu yg satu sehingga mendapat hasilnya itu lebih baik dari mempelajari banyak ilmu tapi tiada mendapat hasilnya.
Semoga Mendapat Manfaat
BabaLong
No comments:
Post a Comment