09 October 2020

LOT WAKAF TEMPAT SOLAT WANITA

 

LOT WAKAF TEMPAT SOLAT WANITA

Assalamu'alaikum..

Madrasah Syeikhul Ariffien (MASA) telah membuka  1000 lot wakaf tunai  (Tempat Solat Wanita) dengan nilai RM50 bagi 1 lot.

Tempat Solat Wanita ini bertujuan untuk memberi keselesaan kepada jemaah wanita untuk menunaikan solat disamping dapat digunakan untuk kelas pembelajaran Pelajar perempuan.

Kos keseluruhan wakaf ini bernilai RM50,000.

Terima kasih kepada semua yang sudi berwakaf dan membantu menyebarluaskan maklumat ini. 

Kepada yang ingin terus berwakaf, maklumat adalah seperti berikut:

Nilai:     1 Lot - RM50

Jumlah: 1000 Lot = RM 50,000.00

Sudah Selesai 219 Lot


Wakaf boleh dimasukkan ke 

Bank Islam

04033 01002 8237

Wakaf Madrasah Syeikhul Ariffien


Maybank 

5540 3541 1914

Madrasah Syeikhul Ariffien

https://facebook.com/masamelaka

https://madrasahsyeikhulariffien.blogspot.com


Untuk maklumat lanjut, hubungi: 

BabaLong Idris - 016-289 8769 

Ust Azlan - 012-241 9314


JazakumuLlah

02 March 2020

KEBAJIKAN SEORANG WANITA DIDALAM ISLAM




#tintamudirmasa

Antara Isu yang cuba dikupaskan adalah "Apakah kebajikan yang Islam telah sediakan kepada mereka yang kematian suaminya?"

Bila disebut 'Wanita', Islam Kategorikan mereka sebagai golongan yang lemah, perlukan kepada penjaga dan peneman. Demi menjaga diri dan maruah seorang wanita itu maka lahirlah beberapa hukum yang khusus sebagai kebajikan dan pemeliharaan Islam terhadap kaum hawa ini yang amanah itu digalas oleh kaum Adam hingga adanya di dalam Al-Quran surah An-Nisa’ yang banyak menceritakan tentang perihal dan keperluan wanita itu sendiri.
Dari Lahir sehinggalah dia mampu berdikari sendiri setelah ada pekerjaan atau bersuami, ia menjadi tanggungjawab :

- Ayahnya kemudian kalau ayah meninggal di ambil alih oleh
- Datuknya dan setelah itu
- Adik beradik lelakinya
- Pakciknya


Tanggungjawab yang dimaksudkan di sini adalah :

- Makan Minum
- Pakaian
- Tempat Tinggal
- Keperluan Pelajaran
- Dan Keperluan lain yang penting


Setelah Wanita itu mempunyai pekerjaan sendiri (Ini Baru, memandangkan wanita zaman sekarang ramai yang bekerja) maka keperluan mereka sudah menjadi tanggungjawab mereka sendiri.
Atau mengikut kebiasaan wanita zaman dahulu atau yang tidak berkerja maka peralihan dari Keluarganya itu beralih setelah dia berkahwin , maka setelah pengantin perempuan itu diserahkan kepada si suami maka bermulalah tanggungjawab suami itu terhadap isterinya , dan adakalanya perkara ini berterusan sampai meninggalnya isteri dahulu atau:

- Di Ceraikan
- Suami Meninggal Dunia 


Ketika si isteri diceraikan oleh  suaminya maka di situ ada dua situasi 

- Cerai Rajie (Yg Boleh Dirujuk)
- Cerai Bain Kubro (Yang Tidak boleh di rujuk kembali)


Ketika isteri itu berada di dalam eddah Rajie , suami masih wajib memberikan:

- Nafkah Makan Minum , pakaian
- Nafkah Tempat tinggal


Selama ia tidak derhaka kepada suaminya  semasa diceraikan.
Dan sekiranya isteri itu ditalak secara bain ( tidak boleh rujuk semula ) maka dilihat adakah dia hamil atau tidak

- Kalau Hamil maka isteri masih berhak mendapatkan
- Nafkah Makan, minum, pakaian, dan Tempat tinggal bagi memelihara anak yg sedang membesar di dalam kandungan.

Sekiranya dia tidak hamil maka tiada apa2 hak bagi mereka melainkan pandangan imam Abu Hanifah mengatakan boleh diberikan juga nafkah ( atas jalan ihsan )
Di samping Nafkah eddah itu sang isteri berhak mendapat
" MUTA'AH"

Sejumlah Harta sebagai saguhati atas jasa isteri yang dipersetujui oleh kedua2 belah pihak di mahkamah

Diserahkan kepada isteri untuk melangsungkan hidupnya setelah diceraikan suaminya.
Maka setelah selesai eddah kelangsungan hidupnya akan ditanggung oleh orang lain juga ( Mengikut kebajikan Islam ) seperti yang dimaklumkan di atas.

Maknanya Hak Seorang Wanita Itu mestilah sentiasa dipelihara dan dijaga , kerana Islam itu agama yang sangat menitikberatkan Hak mereka yang lemah.

Sekiranya kesemua mereka yang di pertangungjawabkan oleh agama sudah tiada maka dikembalikan segala keperluan seorang wanita itu kepada dirinya sendiri sekiranya dia mampu untuk menguruskannya. Sekiranya dia juga uzur maka tanggungjawab itu beralih kepada anak2nya. Sekiranya tiada anak, tanggungjawab itu akan diambil oleh Pihak zakat dan kaum muslimin.
======================================================


"Bagaimanakah kebajikan yang disediakan oleh Islam terhadap wanita yang kematian suaminya??"
Meninggalkan isteri dengan adanya Harta itu lebih baik dari meninggalkannya dalam keadaan meminta-minta.
Maka apa yg kita lihat kebajikan yg besar disediakan oleh Islam adalah bahagian Faraid:

-1/4 kalau tiada anak
-1/8 kalau ada anak


Diambil sama ada dari harta berbentuk Wang Ringgit atau Harta yang tetap seperti tanah, rumah dan barang2 peninggalan Arwah.

Soalannya "Adakah ia mencukupi atau tidak?" Kerana sebelum Harta arwah difaraidkan perlu diuruskan beberapa hal yang wajib :

1) Keperluan menguruskan jenazahnya
2)Hutangnya
3) Zakatnya
4) Fidyahnya atau Kaffarahnya yg belum tertunai
5) Keperluan Haji dan Umrahnya sekiranya dia sudah mampu tapi belum menunaikannya lagi.
6) Wasiatnya yang bukan kepada Ahli Waris


Setelah Hak2 ini diselesaikan barulah harta-harta itu boleh di agihkan. Faraid berlaku pada setiap harta yang ditinggalkan oleh suami setelah ditolak keperluan di atas, seperti :

- Wang Ringgit Cash di Rumah atau di Bank
- KWSP
- Plan Takaful sebagai pemegang amanah
- ASB
- Tabung haji
- Segala bentuk pelaburan
- Segala bentuk saham
- Segala bentuk perkongsian syarikat
- Duit pencen
-  Hutang orang keatas arwah suami yang belum dilunasakan
- Kutu ( Boleh jadi hutang atau penerima )
- Segala bentuk aset yang kekal
- Dan apa sahaja yang di katakana harta si mati.


Melainkan harta sepencarian maka ia dibahagi mengikut nilai perkongsian itu.
Adakah ia mencukupi untuk kelangsungan hidup seorang ibu bersama anak2nya ?
Sekiranya suaminya meninggalkan harta yang banyak Alhamdulillah. Akan tetapi, bagaimana pula sekiranya ada yang hartanya tidak mencukupi?

Maka di situ sebagai suami perlu ada perancangan mengenai perkara-perkara ini supaya kebajikan isteri dan anak2 kita terjaga setelah kematian kita kelak.
Kebajikan yang penting :

1) Kediaman
2) Sejumlah wang bagi kelangsungan hidup terutama ketika eddah kematian
3) Aset yang boleh menjadi punca pendapatan 


Antara perkara yang dibolehkan di dalam Islam adalah Hibah, pemberian berbentuk harta atau aset atas nama isteri.

Apa yang menariknya sekarang ini terdapat beberapa jenis skim yang berbentuk HIBAH senilai Rm500 ribu paling minima yang akan menjadi milik isteri atau sesiapa yang sudah di tetapkan oleh suami semasa hidupnya dan akan dapat dalam tempoh 7-14 hari bekerja ,  dengan wang itu dapatlah isteri tersebut menolak atau menebus bahagian faraid diatas rumah untuk dia terus kekal di rumah tersebut sekiranya ada perkongsian hak ibu si suami atau anak si suami setelah dipersetujui pihak tersebut. Bagi saya, ini sudah bagus kerana skim ini sangat membantu isteri untuk meneruskan kehidupannya. ( Skim Ini boleh dirujuk oleh agen takaful atau seumpama dengannya ).

Walaupun begitu, siapa sangka kadang-kadang suami lebih awal meninggalkan isterinya tanpa sempat menyediakan bekalan2 tadi. Maka pada saat itu menjadi kewajipan dan hak Jiran-jiran membantu serta kaum muslim sama ada dengan peruntukan zakat, baitul mal dan sedekah serta hadiah kepada balu dan anak2 sehingga mereka mampu meneruskan hidupnya sehinggalah isteri tadi bertemu dengan suami yang baharu, maka tanggungjawab beralih kepada suami baharu.
Sekiranya tiada jodoh maka si ibu tadi akan membesarkan anak sehingga anak tadi bekerja dan mampu menguruskan hidupnya sendiri, dan sampailah nanti urusan nafaqah itu diambil alih oleh anak2nya sendiri.

Secara syariahnya anak2 yang bergelar yatim ini mereka ada kebajikan khusus yang disediakan oleh syarak samada dari harta pusakanya, zakatnya atau baitul malnya sekiranya tiada yang mampu menguruskan mereka.

Nafaqah anak2 ini setelah ayahnya meninggal akan beralih kepada datuk kemudian adik beradik yang mampu dan pakcik2 yang mampu. Tetapi di Malaysia kita lihat kebanyakkan tanggungjawab itu diambil oleh ibu itu sendiri sehingga si ibu terpaksa bekerja seperti orang lelaki. Ia amat tidak sesuai mengikut pandangan syarak kerana bukan tempatnya begitu, tetapi tidak salah kerana sudah menjadi keperluan sekarang para-para wanita memenuhkan kocek-kocek mereka juga untuk mambantu suami menampung keperluan hidup atas konsep  التعاون  saling bantu-membantu.
Di dalam setiap situasi di atas kita melihat begitu indahnya Islam yang menjaga kebajikan ummatnya dari lahir sampai mereka kembali dipanggil oleh ilahi .

Kesempurnaan sesuatu perkara di dalam Islam itu apabila wujud tiga elemen dasar ini iaitu :

1. Iman
2. Islam
3. Ihsan


Sekiranya hilang salah satu dari tiga 'fontdution' itu maka Islam itu akan di pandang kurang sempurna .
Secara ringkasnya :

Pelajaran IMAN yang boleh kita 'apply'kan adalah :
- Umur adalah ketentuan dan milik tuhan, bila-bila masa Dia boleh panggil.
- Kita berada didalam genggamanNya, berada di dalam ilmuNya, IradhahNya dan QudrahNya ( qoda’ dan qadarNya )
- Tuhan itu menzahirkan sifat Rahim dan RahmanNya kepada mereka yang diambil nyawanya dan mereka yang ditinggalkan dengan disediakan faraid dan pelbagai lagi bentuk kebajikan

Pelajaran ISLAM ( Syariat ) yang boleh kita aplikasikan adalah : 

1. Syariat itu sempurna dan lengkap tanpa ada cacat celanya
2. Syariat itu melambangkan keadilan Tuhan
3. Keseluruhan syariat itulah yang melambangkan Akhlak Nabi dan Akhlak Islam.
4. Islam itu agama yang perihatin
5. Islam itu agama yang menitikberatkan kepada golongan yang susah dan memerlukan bantuan.

Pelajaran IIHSAN yang boleh kita aplikasikan adalah :

1. Sentiasa berada di dalam zon Khauf Dan Roja ( takut dan Harap )
2. Hati sentiasa syuhud ini semua adalah kenyataan sifat, asma dan afalNya jua.
3. Memandang Baiknya Allah dalam setiap peristiwa yang Dia ciptakan sama ada menyedihkan kita atau mengembirakan kita.
4. Dan sentiasa berhubung denganNya dalam apa keadaan sekali pun, maka di situ kita akan kuat dan tidak lemah.

Wallahu A'lam.

#tintamudirmasa
fb babalongidris

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=490130378346203&id=323807348311841

18 February 2020

BELAJARLAH MENSYUKURI NIKMAT YANG ADA !!

#tintamudirmasa

GUS BAHA dalam pengajiannya menceritakan tentang seorang pemuda datang berjumpa dengan Imam Abul Hasan As Syazili mengadu adakah amalan-amalan yang saya lakukan selama ini di terima Allah ? dan saya takut kalau2 amalan saya itu di tolak oleh Allah.


Imam mengatakan kepada pemuda itu “ DIA MENGIZINKAN KEPADA KAMU UNTUK BERSUJUD ITU SUDAH SATU NIKMAT YANG BESAR ” jangan kamu peduli samada DIA terima atau tidak , kerana lambat laun syaitan akan membisikkan kepada kamu “ Apa faedah kamu sembah / ibadah kepada tuhanmu sedangkan Dia menolak atau tidak menerima amalan mu itu ” , maka akan membuatkan seseorang itu bosan dan meninggalkan ibadah itu.


Imam mengatakan : كفى بك جزاء من ان رضيك لها اهلا   “ Memadailah Dia mengganjarimu dengan suatu ketaatan daripada bahawa Dia menjadikan mu ahli ketaatan. Kalau kamu pernah ditakdirkan oleh Allah untuk sujud itu sudah “ KEREN ” ( di syukuri ) daripada mereka yang hidup di bumi tuhan tetapi tidak sekali pun merebahkan dahinya bersujud kepada tuhannya.


Maka belajarlah mensyukuri setiap nikmat , samada yang mengembirakan atau yang menyakitkan , kerana bila tuhan meletakkan sesuatu keadaan kepada kamu , itu lah yang baik bagi kamu , seperti ada seorang bertanya seorang Ulama' : Pak Kiyai : saya sudah tidak tahan lagi dengan isteri saya,  adakah boleh saya menceraikannya , jawab Pak Kiyai : Jangan kamu ceraikan isteri kamu kerana kamu akan terlepas satu nikmat yang mungkin kamu tidak akan dapat merasainya seperti sekarang ini iaitu “ SIFAT SABAR ” , kalau bukan kerana isteri kamu , pasti kamu tidak akan duduk di makam orang yang sabar, teruslah di makam sabar itu sehingga sabar itu menjadi Makam Syukur , kerana apa yang sudah DIA tentukan , Dia  takdirkan untuk Kamu pasti itu baik untuk kamu.


AYAHKU PERNAH MEMBERI PESAN KEPADAKU : sesungguhnya tidak lah seseorang itu ditakdirkan untuk melakukan solat atau ibadah melainkan Allah sudah lebih mendahului ingat kepada hambanya. Bila Allah ingin menyatakan ingatNya pada hambaNya Dia zahirkan dengan menggerakkan HambaNya itu untuk bangun , berdiri dan sujud padaNya , maka pada saat itu kita merasakan kehinaan , rendah diri , kerana Pacal yang hina ini di jemput oleh Raja segala Raja keistanaNya untuk sembah kepadaNya. 


Ini adalah perbahasan hakikat ( setiap sesuatu itu semua Dari ALlah )  , berlainan dengan perbahasan syariat sebagaimana firmanNya : وأقم الصلاة لذكري  “ Dirikanlah Solat untuk kamu ingat kepadaNya ” , sebagai hamba kita perlu menunjukkan yang kita berhajat kepadaNya , kita yang memerlukanNya , maka disitu kita memerlukan Taufiq dan Hidayah dari Allah agar mendapat kekuatan untuk melaksanakan ibadah kepadanya , kita akan sentiasa berada di maqam raja’ ( Sentiasa harap untuk hampir denganNya ) .


Dan bila Allah pilih kamu untuk sujud padaNya , engkau nafikan segala kehendak kamu, keinginan kamu, kemampuan kamu , segalanya engkau serahkan dan sandarkan pada Asma’ dan AfalNya jua…


Wallahu A’lam


#tintamudirmasa

C/P FB babalongidris

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=486203378738903&id=323807348311841


17 February 2020

LARILAH DARI ORANG YANG MELAKUKAN KEBAIKAN KE PADAMU !!

Berkata Imam Abul Hasan As Syazili :

“Larilah dari kebaikan (bantuan) orang, melebihi dari larimu dari kejahatan orang kepadamu. Sebab kebaikan orang itu langsung membahayakan hatimu, sedangkan kejahatan mereka hanya membahaya kan jasmanimu sahaja, dan bahaya jasmani itu lebih ringan dari bahaya hati. Bahaya kebaikan orang kepadamu, jika kamu menyukainya dan senang, maka akan membuatmu bersandar kepadanya.
Kalam ini mengandungi banyak pengajaran dan faedah , lebih-lebih lagi dalam tarbiah dan perjalanan bagi seorang salik kepada Allah. Kerana pokoknya perjalanan ini adalah ingin membawa jiwa ini sampai kepada Allah melalui apa jua cara dan perantara , maka sekiranya ada sesuatu yang menjadi pengahalang perjalanan kamu itu harus kamu elakkan bahkan tinggalkan agar jiwa kamu tidak semakin parah kerosakannya.

Maka jangan pelik adakalanya kita berhadapan dengan mereka yang kita berbakti dengan dia samada dia ulama’,guru kita atau orang yang soleh, tiba-tiba mereka menjauh dengan kita , kebiasaanya kerana dua alasan :

1) Guru ingin mendidik murid tadi agar tidak merasa lebih diatas kebaktian yang dia lakukan terhadap gurunya , kerana BILA SUDAH MERASA BAIK DAN SEMPURNA maka di situlah mulanya kejatuhan Rohani seseorang. Dia akan dididik  oleh gurunya sehingga sama sahaja perasaannya ketika dia melakukan jasa atau kebaikan dan tidak melakukan , langsung tidak dia merasa kelebihan dan kebagusan diri , segalanya diserahkan kepada sifat dan Afal Allah jua.

2) Adakalanya apabila dia ingin menjaga jiwanya, peganggannya , imannya agar tiada bergantung kepada selain Allah maka dia tidak akan menumpu kepada orang yang berikan kebikan itu kepadanya  , bahkan dirinya bebas tanpa pilih kasih , samaada kepada yang sering memberi bakti atau sebaliknya demi sebuah Tarbiah dan pendiidkan untuk dirinya sendiri.
Nasihat diatas juga mengajar kita jangan mudah mengundur dan lemah dengan ujian , sekiranya ujian itu perantara dan asbab itu dibersihkan Ammarah dan Sifat-sifat mazmumah diri kita maka hadaplah dengan Sabar dan syukur .

AYAHKU JUGA PERNAH PERPESAN : KALAU TERPAKSA BINASA , HANCUR ( BERHADAPAN DENGAN MASAALAH-MASALAH YANG BESAR , PEDIH , MELUKAKN JIWA ) TERUSKAN MENGHADAPNYA KALAU ITU SATU-SATUNYA JALAN YANG BOLEH MEMBAWA KAMU KEPADA PERJALANAN MAKRIFAT , JANGAN MENGELUH DAN MENGUNDUR KEBELAKANG , TERUSKAN MENGHADAPINYA DENGAN TAUHID DAN CINTA.

Setiap ujian didalam kehidupan ini bukanlah sia-sia , setiap incinya akan dikira oleh Allah dan dengannya diampun segala dosa2 , diangkatkan darjah dan disiapkan jalan ke syurga ( Mencapai Redhanya) dan dijadikan juga asabab peningkatan rohani seseorang.

Kalam diatas bukan bermaknan juga kita tidak boleh langsung lari dari kejahatan , harus bahkan wajib juga kita lari dari kejahatan kalau kejahatan itu bukan wasilah untuk membawa kamu kepada makrifat pada Allah bahkan boleh melemahkan dan menghancurkan kamu. 

Sebagaimana Nabi Muhammad SAW dan sahabat  diarahkan oleh Allah untuk berhijarah meninggalkan kota Mekah , bukan bermakna lari dari masalah , tetapi oleh kerana menfaat agama dan dakwah sudah tidak dapat berkembang lagi disitu maka diarahkan untuk berhijrah kepada bumi Madinah yang penduduknya lebih subur dan menerima Dakwah Nabi , maka dari situ baginda menyusun stratigi untuk mengisalamkan Ahli Kota Mekah.

Semoga Di fahami.

C/P Fb Babalongidris (Mudir Madrasah Syeikhul Ariffien)

https://www.facebook.com/323807348311841/posts/485667058792535/


06 February 2020

SAHAM AKHIRAT WAKAF TELAGA AIR


LOT WAKAF TELAGA AIR

Assalamu'alaikum..

Madrasah Syeikhul Ariffien (MASA) telah membuka  200 lot wakaf tunai  (Telaga Air) dengan nilai RM50 bagi 1 lot.

Telaga air ini bertujuan untuk menyalurkan air kepada warga Madrasah dan penduduk setempat yang memerlukan untuk menampung kekurangan air di Negeri Melaka ketika ini dan juga untuk menampung keperluan di masa akan datang. 

Kos keseluruhan wakaf ini bernilai RM10,000.

Terima kasih kepada semua yang sudi berwakaf dan membantu menyebarluaskan maklumat ini.
Kepada yang ingin terus berwakaf, maklumat adalah seperti berikut:

Nilai: 1 Lot - RM50
Jumlah: 200 Lot RM 10,000

Wakaf boleh dimasukkan ke :

Bank Islam
04033 01002 8237
Wakaf Madrasah Syeikhul Ariffien

Maybank
5540 3541 1914
Madrasah Syeikhul Ariffien

https://facebook.com/masamelaka

https://madrasahsyeikhulariffien.blogspot.com

Untuk maklumat lanjut, hubungi:
Ust Idris - 016-289 8769
Ust Azlan - 012-241 9314
En Firdaus - 010-273 2821

JazakumuLlah

04 February 2020

Nasihat Para Masyaikh dan Ulama' Jamiah Al-Azhar As-Syarif

الات العلم أربعة 
١- شيخ فتّاح
٢- عقل راجح
٣- كتب صحاح
٤- مداومة والحاح
Nasihat yg diambil dari Para Masyaikh dan ulama' Jamiah Al-Azhar As Sayarif :
Alat untuk mendapat ilmu itu 4 perkara

1. Guru yang Fattah
Guru yang mampu membuka Hati dan Aqal pelajarnya yg terkunci , mampu menerangkan dan memberi faham kepada pelajarnya akan manhaj ( Jalan ) yang betul langsung membawa muridnya itu sampai kepada ALlah.
Inilah guru yg sempurna yg menjadikan ilmu , tarbiah dan didikannya sebagai wasilah ( perantaraan ) untuk wusul ( sampai ) kepada tuhannya.
2. Aqal yg sejahtera ( yang bagus )
Jikalau tiada aqal yg baik nescaya tiadalah hasilan ilmu yg baik , iaitu aqal yg mampu membezakan mana ilmu yg hak dan mana yg batil dan tidak keliru dengan ilmu , mampu memahami ilmu dan mengingatkannya.
3. Kitab- Kitab yg sohih ( Yg terselamat daripada ilmu yg salah dan sesat )
Kitab adalah perantaraan untuk menghasilkan iilmu, apa yg di hafal akan hilang dan apa yg di tulis akan kekal.
Pastikan kitab yg di pelajari itu kitab yg sudah diakui oleh kebanyakan Ulama' yg muktabar , agar tiada salah dalam mendapatkan sumber ilmu.
4. Berterusan dengan ilmu dan ilhah
Iaitu berterusan mengulang-ngulang akan ilmu dan sentiasa berkhidmat kepada ilmu tersebut serta berusaha juga untuk mencari lagi ilmu dan menghasilkan lagi ilmu.
Dan Ilhah itu memberi makna bahawa menuntut ilmu yg satu sehingga mendapat hasilnya itu lebih baik dari mempelajari banyak ilmu tapi tiada mendapat hasilnya.
Semoga Mendapat Manfaat
BabaLong



30 January 2020

Program Nahwu Sorof Al-Fatih

Peperiksaan Level 1 & 2 Bagi Program Nahu Dan Sorof Qaedah Al-Fatih dalam masa 2-3 Bulan sudah bisa membaca kitab Arab yg tiada baris . Amin Ya Rabbal Alamin.

Kaedah Ilmu itu " إذا كرر قرر " ( Apabila di ulang2 maka akan tetap dan tegaplah ia).
Peperiksaan bukanlah medan untuk menguji siapa pandai , bijak atau sebaliknya, tapi ia adalah tempat untuk kita menguji sendiri diri kita samada mntap atau belum ilmu yg kita sudah pelajari.
Maka di galakkan setiap Santri menjalani peperiksaan sendiri2 sampai ilmunya sebati dalam diri dan kefahamannya..

Level 1&2 Selesai Berbaki lagi 4 Level

اللهم يسر ولا تعسر

#ProgramNahuSorofAlFatih
#TigaBulanBisaBacaKitabGondol
#FokusDanFokus