18 February 2020

BELAJARLAH MENSYUKURI NIKMAT YANG ADA !!

#tintamudirmasa

GUS BAHA dalam pengajiannya menceritakan tentang seorang pemuda datang berjumpa dengan Imam Abul Hasan As Syazili mengadu adakah amalan-amalan yang saya lakukan selama ini di terima Allah ? dan saya takut kalau2 amalan saya itu di tolak oleh Allah.


Imam mengatakan kepada pemuda itu “ DIA MENGIZINKAN KEPADA KAMU UNTUK BERSUJUD ITU SUDAH SATU NIKMAT YANG BESAR ” jangan kamu peduli samada DIA terima atau tidak , kerana lambat laun syaitan akan membisikkan kepada kamu “ Apa faedah kamu sembah / ibadah kepada tuhanmu sedangkan Dia menolak atau tidak menerima amalan mu itu ” , maka akan membuatkan seseorang itu bosan dan meninggalkan ibadah itu.


Imam mengatakan : كفى بك جزاء من ان رضيك لها اهلا   “ Memadailah Dia mengganjarimu dengan suatu ketaatan daripada bahawa Dia menjadikan mu ahli ketaatan. Kalau kamu pernah ditakdirkan oleh Allah untuk sujud itu sudah “ KEREN ” ( di syukuri ) daripada mereka yang hidup di bumi tuhan tetapi tidak sekali pun merebahkan dahinya bersujud kepada tuhannya.


Maka belajarlah mensyukuri setiap nikmat , samada yang mengembirakan atau yang menyakitkan , kerana bila tuhan meletakkan sesuatu keadaan kepada kamu , itu lah yang baik bagi kamu , seperti ada seorang bertanya seorang Ulama' : Pak Kiyai : saya sudah tidak tahan lagi dengan isteri saya,  adakah boleh saya menceraikannya , jawab Pak Kiyai : Jangan kamu ceraikan isteri kamu kerana kamu akan terlepas satu nikmat yang mungkin kamu tidak akan dapat merasainya seperti sekarang ini iaitu “ SIFAT SABAR ” , kalau bukan kerana isteri kamu , pasti kamu tidak akan duduk di makam orang yang sabar, teruslah di makam sabar itu sehingga sabar itu menjadi Makam Syukur , kerana apa yang sudah DIA tentukan , Dia  takdirkan untuk Kamu pasti itu baik untuk kamu.


AYAHKU PERNAH MEMBERI PESAN KEPADAKU : sesungguhnya tidak lah seseorang itu ditakdirkan untuk melakukan solat atau ibadah melainkan Allah sudah lebih mendahului ingat kepada hambanya. Bila Allah ingin menyatakan ingatNya pada hambaNya Dia zahirkan dengan menggerakkan HambaNya itu untuk bangun , berdiri dan sujud padaNya , maka pada saat itu kita merasakan kehinaan , rendah diri , kerana Pacal yang hina ini di jemput oleh Raja segala Raja keistanaNya untuk sembah kepadaNya. 


Ini adalah perbahasan hakikat ( setiap sesuatu itu semua Dari ALlah )  , berlainan dengan perbahasan syariat sebagaimana firmanNya : وأقم الصلاة لذكري  “ Dirikanlah Solat untuk kamu ingat kepadaNya ” , sebagai hamba kita perlu menunjukkan yang kita berhajat kepadaNya , kita yang memerlukanNya , maka disitu kita memerlukan Taufiq dan Hidayah dari Allah agar mendapat kekuatan untuk melaksanakan ibadah kepadanya , kita akan sentiasa berada di maqam raja’ ( Sentiasa harap untuk hampir denganNya ) .


Dan bila Allah pilih kamu untuk sujud padaNya , engkau nafikan segala kehendak kamu, keinginan kamu, kemampuan kamu , segalanya engkau serahkan dan sandarkan pada Asma’ dan AfalNya jua…


Wallahu A’lam


#tintamudirmasa

C/P FB babalongidris

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=486203378738903&id=323807348311841


No comments:

Post a Comment