#tintamudirmasa
GUS BAHA dalam pengajiannya menceritakan tentang seorang pemuda datang berjumpa dengan Imam Abul Hasan As Syazili mengadu adakah amalan-amalan yang saya lakukan selama ini di terima Allah ? dan saya takut kalau2 amalan saya itu di tolak oleh Allah.
Imam mengatakan kepada pemuda itu “ DIA MENGIZINKAN KEPADA KAMU UNTUK BERSUJUD ITU SUDAH SATU NIKMAT YANG BESAR ” jangan kamu peduli samada DIA terima atau tidak , kerana lambat laun syaitan akan membisikkan kepada kamu “ Apa faedah kamu sembah / ibadah kepada tuhanmu sedangkan Dia menolak atau tidak menerima amalan mu itu ” , maka akan membuatkan seseorang itu bosan dan meninggalkan ibadah itu.
Imam mengatakan : كفى بك جزاء من ان رضيك لها اهلا “ Memadailah Dia mengganjarimu dengan suatu ketaatan daripada bahawa Dia menjadikan mu ahli ketaatan. Kalau kamu pernah ditakdirkan oleh Allah untuk sujud itu sudah “ KEREN ” ( di syukuri ) daripada mereka yang hidup di bumi tuhan tetapi tidak sekali pun merebahkan dahinya bersujud kepada tuhannya.
Maka belajarlah mensyukuri setiap nikmat , samada yang mengembirakan atau yang menyakitkan , kerana bila tuhan meletakkan sesuatu keadaan kepada kamu , itu lah yang baik bagi kamu , seperti ada seorang bertanya seorang Ulama' : Pak Kiyai : saya sudah tidak tahan lagi dengan isteri saya, adakah boleh saya menceraikannya , jawab Pak Kiyai : Jangan kamu ceraikan isteri kamu kerana kamu akan terlepas satu nikmat yang mungkin kamu tidak akan dapat merasainya seperti sekarang ini iaitu “ SIFAT SABAR ” , kalau bukan kerana isteri kamu , pasti kamu tidak akan duduk di makam orang yang sabar, teruslah di makam sabar itu sehingga sabar itu menjadi Makam Syukur , kerana apa yang sudah DIA tentukan , Dia takdirkan untuk Kamu pasti itu baik untuk kamu.
AYAHKU PERNAH MEMBERI PESAN KEPADAKU : sesungguhnya tidak lah seseorang itu ditakdirkan untuk melakukan solat atau ibadah melainkan Allah sudah lebih mendahului ingat kepada hambanya. Bila Allah ingin menyatakan ingatNya pada hambaNya Dia zahirkan dengan menggerakkan HambaNya itu untuk bangun , berdiri dan sujud padaNya , maka pada saat itu kita merasakan kehinaan , rendah diri , kerana Pacal yang hina ini di jemput oleh Raja segala Raja keistanaNya untuk sembah kepadaNya.
Ini adalah perbahasan hakikat ( setiap sesuatu itu semua Dari ALlah ) , berlainan dengan perbahasan syariat sebagaimana firmanNya : وأقم الصلاة لذكري “ Dirikanlah Solat untuk kamu ingat kepadaNya ” , sebagai hamba kita perlu menunjukkan yang kita berhajat kepadaNya , kita yang memerlukanNya , maka disitu kita memerlukan Taufiq dan Hidayah dari Allah agar mendapat kekuatan untuk melaksanakan ibadah kepadanya , kita akan sentiasa berada di maqam raja’ ( Sentiasa harap untuk hampir denganNya ) .
Dan bila Allah pilih kamu untuk sujud padaNya , engkau nafikan segala kehendak kamu, keinginan kamu, kemampuan kamu , segalanya engkau serahkan dan sandarkan pada Asma’ dan AfalNya jua…
Wallahu A’lam
#tintamudirmasa
C/P FB babalongidris
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=486203378738903&id=323807348311841
18 February 2020
17 February 2020
LARILAH DARI ORANG YANG MELAKUKAN KEBAIKAN KE PADAMU !!
Berkata Imam Abul Hasan As Syazili :
“Larilah dari kebaikan (bantuan) orang, melebihi dari larimu dari kejahatan orang kepadamu. Sebab kebaikan orang itu langsung membahayakan hatimu, sedangkan kejahatan mereka hanya membahaya kan jasmanimu sahaja, dan bahaya jasmani itu lebih ringan dari bahaya hati. Bahaya kebaikan orang kepadamu, jika kamu menyukainya dan senang, maka akan membuatmu bersandar kepadanya.
Kalam ini mengandungi banyak pengajaran dan faedah , lebih-lebih lagi dalam tarbiah dan perjalanan bagi seorang salik kepada Allah. Kerana pokoknya perjalanan ini adalah ingin membawa jiwa ini sampai kepada Allah melalui apa jua cara dan perantara , maka sekiranya ada sesuatu yang menjadi pengahalang perjalanan kamu itu harus kamu elakkan bahkan tinggalkan agar jiwa kamu tidak semakin parah kerosakannya.
Maka jangan pelik adakalanya kita berhadapan dengan mereka yang kita berbakti dengan dia samada dia ulama’,guru kita atau orang yang soleh, tiba-tiba mereka menjauh dengan kita , kebiasaanya kerana dua alasan :
1) Guru ingin mendidik murid tadi agar tidak merasa lebih diatas kebaktian yang dia lakukan terhadap gurunya , kerana BILA SUDAH MERASA BAIK DAN SEMPURNA maka di situlah mulanya kejatuhan Rohani seseorang. Dia akan dididik oleh gurunya sehingga sama sahaja perasaannya ketika dia melakukan jasa atau kebaikan dan tidak melakukan , langsung tidak dia merasa kelebihan dan kebagusan diri , segalanya diserahkan kepada sifat dan Afal Allah jua.
2) Adakalanya apabila dia ingin menjaga jiwanya, peganggannya , imannya agar tiada bergantung kepada selain Allah maka dia tidak akan menumpu kepada orang yang berikan kebikan itu kepadanya , bahkan dirinya bebas tanpa pilih kasih , samaada kepada yang sering memberi bakti atau sebaliknya demi sebuah Tarbiah dan pendiidkan untuk dirinya sendiri.
Nasihat diatas juga mengajar kita jangan mudah mengundur dan lemah dengan ujian , sekiranya ujian itu perantara dan asbab itu dibersihkan Ammarah dan Sifat-sifat mazmumah diri kita maka hadaplah dengan Sabar dan syukur .
AYAHKU JUGA PERNAH PERPESAN : KALAU TERPAKSA BINASA , HANCUR ( BERHADAPAN DENGAN MASAALAH-MASALAH YANG BESAR , PEDIH , MELUKAKN JIWA ) TERUSKAN MENGHADAPNYA KALAU ITU SATU-SATUNYA JALAN YANG BOLEH MEMBAWA KAMU KEPADA PERJALANAN MAKRIFAT , JANGAN MENGELUH DAN MENGUNDUR KEBELAKANG , TERUSKAN MENGHADAPINYA DENGAN TAUHID DAN CINTA.
Setiap ujian didalam kehidupan ini bukanlah sia-sia , setiap incinya akan dikira oleh Allah dan dengannya diampun segala dosa2 , diangkatkan darjah dan disiapkan jalan ke syurga ( Mencapai Redhanya) dan dijadikan juga asabab peningkatan rohani seseorang.
Kalam diatas bukan bermaknan juga kita tidak boleh langsung lari dari kejahatan , harus bahkan wajib juga kita lari dari kejahatan kalau kejahatan itu bukan wasilah untuk membawa kamu kepada makrifat pada Allah bahkan boleh melemahkan dan menghancurkan kamu.
Sebagaimana Nabi Muhammad SAW dan sahabat diarahkan oleh Allah untuk berhijarah meninggalkan kota Mekah , bukan bermakna lari dari masalah , tetapi oleh kerana menfaat agama dan dakwah sudah tidak dapat berkembang lagi disitu maka diarahkan untuk berhijrah kepada bumi Madinah yang penduduknya lebih subur dan menerima Dakwah Nabi , maka dari situ baginda menyusun stratigi untuk mengisalamkan Ahli Kota Mekah.
Semoga Di fahami.
C/P Fb Babalongidris (Mudir Madrasah Syeikhul Ariffien)
https://www.facebook.com/323807348311841/posts/485667058792535/

12 February 2020
06 February 2020
SAHAM AKHIRAT WAKAF TELAGA AIR

LOT WAKAF TELAGA AIR
Assalamu'alaikum..
Madrasah Syeikhul Ariffien (MASA) telah membuka 200 lot wakaf tunai (Telaga Air) dengan nilai RM50 bagi 1 lot.
Telaga air ini bertujuan untuk menyalurkan air kepada warga Madrasah dan penduduk setempat yang memerlukan untuk menampung kekurangan air di Negeri Melaka ketika ini dan juga untuk menampung keperluan di masa akan datang.
Kos keseluruhan wakaf ini bernilai RM10,000.
Terima kasih kepada semua yang sudi berwakaf dan membantu menyebarluaskan maklumat ini.
Kepada yang ingin terus berwakaf, maklumat adalah seperti berikut:
Nilai: 1 Lot - RM50
Jumlah: 200 Lot RM 10,000
Jumlah: 200 Lot RM 10,000
Wakaf boleh dimasukkan ke :
Bank Islam
04033 01002 8237
Wakaf Madrasah Syeikhul Ariffien
Maybank
5540 3541 1914
Madrasah Syeikhul Ariffien
5540 3541 1914
Madrasah Syeikhul Ariffien
https://facebook.com/masamelaka
https://madrasahsyeikhulariffien.blogspot.com
Untuk maklumat lanjut, hubungi:
Ust Idris - 016-289 8769
Ust Azlan - 012-241 9314
En Firdaus - 010-273 2821
Ust Idris - 016-289 8769
Ust Azlan - 012-241 9314
En Firdaus - 010-273 2821
JazakumuLlah
04 February 2020
Nasihat Para Masyaikh dan Ulama' Jamiah Al-Azhar As-Syarif
الات العلم أربعة
١- شيخ فتّاح
٢- عقل راجح
٣- كتب صحاح
٤- مداومة والحاح
٢- عقل راجح
٣- كتب صحاح
٤- مداومة والحاح
Nasihat yg diambil dari Para Masyaikh dan ulama' Jamiah Al-Azhar As Sayarif :
Alat untuk mendapat ilmu itu 4 perkara
1. Guru yang Fattah
Guru yang mampu membuka Hati dan Aqal pelajarnya yg terkunci , mampu menerangkan dan memberi faham kepada pelajarnya akan manhaj ( Jalan ) yang betul langsung membawa muridnya itu sampai kepada ALlah.
Inilah guru yg sempurna yg menjadikan ilmu , tarbiah dan didikannya sebagai wasilah ( perantaraan ) untuk wusul ( sampai ) kepada tuhannya.
2. Aqal yg sejahtera ( yang bagus )
Jikalau tiada aqal yg baik nescaya tiadalah hasilan ilmu yg baik , iaitu aqal yg mampu membezakan mana ilmu yg hak dan mana yg batil dan tidak keliru dengan ilmu , mampu memahami ilmu dan mengingatkannya.
3. Kitab- Kitab yg sohih ( Yg terselamat daripada ilmu yg salah dan sesat )
Kitab adalah perantaraan untuk menghasilkan iilmu, apa yg di hafal akan hilang dan apa yg di tulis akan kekal.
Pastikan kitab yg di pelajari itu kitab yg sudah diakui oleh kebanyakan Ulama' yg muktabar , agar tiada salah dalam mendapatkan sumber ilmu.
4. Berterusan dengan ilmu dan ilhah
Iaitu berterusan mengulang-ngulang akan ilmu dan sentiasa berkhidmat kepada ilmu tersebut serta berusaha juga untuk mencari lagi ilmu dan menghasilkan lagi ilmu.
Dan Ilhah itu memberi makna bahawa menuntut ilmu yg satu sehingga mendapat hasilnya itu lebih baik dari mempelajari banyak ilmu tapi tiada mendapat hasilnya.
Semoga Mendapat Manfaat
BabaLong
Subscribe to:
Posts (Atom)